Pages

RSS

Thursday, May 22, 2014

Peristiwa seram di Kem Tekali

Kisah ni bermula sewaktu aku beria-ia nak g 'camping' anjuran badan beruniform peringkat daerah buat kali kedua....memang excited sangat...aku dan kawan2 aku diberi arahan untuk berkumpul di kantin sekolah pada pukul 3 petang sebelum berangkat ke Kem Tekali yang terletak di Hulu Langat....Tepat pukul 3 petang, aku dan kawan2 aku dah terpacak kat kantin sambil bergosip sesama sendiri....ermmm....bile bab gosip ni, memang seronok la dok cerita pasal hal orang...al-maklum la masing2 reporter tak diiktiraf.....suke jaga tepi kain orang....sebahagian yang lain ade yang asyik bergambar dengan handphone canggih untuk di 'update' kat fb n sebagainya...ada jugak yang lepak di satu sudut sambil mulut tu asyik nak mengunyah makanan je...geli hati gak dok tengok ragam masing2...masa tengah menunggu tu, bas pun sampai....kiteorang disuruh naik bas untuk bertolak.....pergghhh....memang enjoy giler...perasaan gembira tu tak boleh nak control....siap bernyanyi2 riang lagi tuuuu.....

hampir 2 jam la kat dalam bas tu, aku pun selak la langsir nak tengok pemandangan luar.....di hujung hadapan sana aku nampak sebuah bangunan dan dataran yang luas tu tak la luas sangat...macam padang kawat la....hati aku terdetik 'owhh...da sampai kot'.....then cikgu pun dengan lagak machonya pegang 'healer' and say, 'okay guys....kite da sampai di Kem Tekali....make sure u alls aware ye...ni kawasan hutan...mulut tu jage ckit'....kiteorang dengan muke selamba pun menjawab 'Baik cikgu'....masing2 pun turun daripada bas dengan beg yang besar macam nak menetap dalam hutan tu setahun....sedangkan 3 hari 2 malam je kott...selepas mendengar taklimat pegawai yang bertugas, kiteorang dibawa ke tapak perkhemahan....aku ngan 4 orang membe aku da 'cop' satu tapak untuk khemah kiteorang...tengah asyik pasang khemah, tak semena-mena hujan pun turun....agak lebat jugak la....sehinggakan khemah aku bocor dimasuki air...jadi kiteorang pun menumpang la dengan budak sekolah len dalam khemah yang agak besar gak la....

maghrib pun kian menjelma....tapi aku rasa semacam je masa tu...ye la....time maghrib macam ni ade pulak budak2 pompuan yang terjerit2 and ketawa...xkurang jugak ade setengah budak lelaki yang bermain gitar sambil menyanyi lagu dengan suara sumbang....then...terdengar azan dilaungkan....'Allahu Akbar Allahu Akbar'.......aku pun bergegas ke toilet nak buang air kecil...mase kat toilet tu aku agak terkejut...ye la...bersepah 'pad' yg belum dibersihkan lagi....'masya'allah....pengotor giler....ni mesti keje budak2 bukan melayu ni...' aku berseloroh di dalam hati.....kemudian terdengar suara daripada pegawai yang bertugas menyuruh kami semua ke surau....

selepas solat maghrib, kami disuruh membacakan yaasin.....tibe2 di luar surau terdengar suara seorang budak pompuan ni menjerit2 dan ketawa...semua yang ade menoleh ke arah pompuan tersebut dengan dahi yang berkerut2....rupanya itulah budak pompuan yang ketawa mase azan berkumandang tadi....ermm, ternyata budak tu dirasuk oleh benda halus...apalagi, kelam kabut mase tu sebab nak control budak tu daripada meronta-ronta....berkali2 pelajar lelaki mengalunkan ayat kursi dan azan untuk menstabilkan budak pompuan tu...tapi kurang berkesan....keadaan budak tu sangat tidak terkawal sehingga ustaz datang dan menyentuh kepala budak tersebut...aku pun turut membantu dengan memegang kedua2 kaki budak pompuan tu...saat aku pegang kaki budak tu, aku rase ade sebahagian angin cube untuk meresap ke dalam tubuh aku...secara perlahan2 sampai di bahuku tetapi ia berpatah semula ke kaki budak pompuan tersebut....cikgu yang memandangku seperti memahami ape yang aku rase menolak aku ke tepi...'kamu ni period kan....nape pegang kaki budak pompuan ni', kata cikgu terhadap ku....aku dibawa oleh membe aku untuk duduk dibahagian tepi surau....aku tibe2 merasa sedih dan sayu...dengan sendirinya air mata ini jatuh bercucuran....

usai menunaikan solat isyak dan keadaan kembali tenang, kami semua disuruh untuk berkumpul ke dewan...di dewan, kami ditegur kerana bersikap sambil lewa dan lupa diri semasa berada di kem tersebut...bukan itu saja, kami dikatakan tidak menghormati tempat 'orang' dan bersikap biadap serta melampaui batas....itu memang aku akui kerana terlalu excited dengan tempat baru akhirnya menghumban diri ke arah masalah yang lebih besar seperti tadi....'syukur la keadaan da tenang and masalah dah selesai', kata salah sorang membe group aku....tapi entah la...aku rase benda tu still ade...aku memandang ke hadapan tepat ke arah kantin...aku agak terkejut melihat satu lembaga yang berwarna putih ngan rambut panjang yang berwarna hitam melintasi kantin tersebut dengan muka menoleh ke tepi....hati aku terdetik...'benda ni masih ade lagi'.......

kawan aku menarik tangan aku ke padang kawat untuk membuat bulatan kecil bagi membincangkan persembahan ape yang perlu dibuat untuk malam terakhir....aku pun cuba melupakan seketika ape yang aku lihat sebentar tadi....kemudian terdengar suara budak pompuan daripada group len menangis teresak2...semua menyangkakan tangisan itu hanyalah salah satu persediaan untuk persembahan...tangisan itu berterusan dan berterusan kemudian menjadi semakin perlahan...tibe2 terdengar ketawa yang semakin kuat sehingga luluh jantung ni bagi sape yang mendengarnya mase itu....ketawa itu seperti ngilaian yang semakin kuat dan kuat.....kesemua kami menjadi takut sehingga untuk membaca al-fatihah dan ayat kursi, kami lupa kerana dek gementar dan takut mendengar ngilaian tersebut...beberapa orang lelaki cuba untuk membaringkan budak pompuan tersebut untuk mengelakkan dia meronta2....mungkin Allah menghendaki, kami terkejut melihat budak itu bangun dan berdiri tegak serta cuba untuk terbang ke pokok....ustaz menjerit kepada budak2 lelaki yang ade untuk memgang budak pompuan tersebut.....sambil melaungkan 'Allahu Akbar'....benar la kata orang tua, bile sorang manusia dirasuk, kekuatannya sangat luar biasa.....itulah yang terjadi pada masa itu....

aku terdengar beberapa orang budak pompuan menangis diikuti ngilaian yang tak putus2 turut menggamitkan situasi pada masa tu....semua menjadi tak tentu arah.....hampir 30 budak pompuan yang kena rasuk pada malam tersebut.....(cube mengingati jumlah sebenar yang dirasuk)....cikgu2 dan pegawai yang terlibat cuba untuk meredakan suasana....lebih kurang setengah jam, keadaan menjadi semakin teruk....desiran angin yang tibe2 kuat menggoncangkan pokok2 disekeliling kawasan.......ustaz yang aku nampak pada waktu itu berusaha sekuat mungkin untuk mengawal kesemua mereka yang dirasuk.....tetapi aku tahu, disebalik raut wajah ustaz itu menunujukkan dia hampir putus asa...kemudian ustaz itu melaungkan azan dengan penuh lantang sambil matanya ditutup rapat untuk menghayati setiap maksud azan tersebut......dengan kuasa Allah, kesemua budak pompuan yang dirasuk itu pengsan dan tidak sedarkan diri......kesemua mereka dibawa ke bilik fasilitator untuk pemantauan......

kami semua disuruh berkumpul dikantin dan tidak dibenarkan pulang ke khemah masing2.....malam itu kami tak dapat tido dan mulut ini tak henti2 membacakan yaasin....keesokkannya, kami disuruh pulang kerumah...sebelum kami berpisah, pegawai yang terlibat mengatakan kepada kami 'mungkin inilah kali terakhir kem diadakan disini'.......


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.